HAZY BEAUTY CARE: April 2017

PAKEJ PENJAGAAN IBU BERPANTANG



Hai Mommies

Tak perlu susah hati untuk mencari pakej yang bersesuaian dengan keperluan berpantang anda. Pelbagai pakej yang boleh anda pilih di sini. Kemesraan dan kecekapan CL kami dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Jangan  lepaskan peluang merasai sendiri perkhidmatan Penjagaan Ibu Berpantang dan Pengurusan Bayi dari Hazy Beauty Care & Confinement. Anda boleh merujuk dengan Pn.Ezzy berkenaan pakej yang paling sesuai dengan keadaan kesihatan tubuh badan anda. Pakej Berpantang Daily visit.

Cepat - Cepat book untuk pastikan anda mendapat penjagaan yang sangat sempurna dari kami. Kesemua CL kami professional dan terlatih dalam bidang Prenatal & Postnatal.











Semua pakej adalah daily visit basis. Anggaran sesi 2 jam ke 4 jam bergantung pada pakej yang diambil. Maksimum sesi ialah 4 jam bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Pakej Berli Gold untuk ibu yang inginkan penjagaan yang lebih eklusif sepanjang tempoh berpantang nanti




Bagi ibu-ibu yang mencari penjagaan sepenuh masa, kami juga menawarkan pakej Stay in untuk keselesaan  anda. Pakej ini dapat membantu ibu untuk fokus kepada sesi berpantang agar kesihatan ibu dapat dipulihkan dengan segera.




ATAS PERMINTAAN !!



PENYEDIAAN MAKANAN PANTANG
Tengahari, Petang & Malam

Kami sediakan bahan : kami masak dan bawa
Pilihan 3 / 5 / 7 / 14 / 30 / 44 hari

MAKANAN PANTANG DELIVERY
Tengahari & Malam

Kami turut menyediakan perkhidmatan Makanan Pantang Delivery bagi memudahkan ibu-ibu berpantang. Tak perlu lagi risau memikirkan menu masakan, siapa yang dapat bantu memasak nanti. Ibu-Ibu boleh terus membuat tempahan makanan mengikut keselesaan anda.

Jangan risau semua menu masakan memang disediakan khas mengikut resepi pantang bersalin. InsyaAllah berbaloi dengan kuantiti yang bakal anda terima. Anda boleh memilih tempahan harian, mingguan atau bulan. Mohon maklumkan tempahan seawal mungkin bagi memudahkan penyediaan makanan.


MENU SET MAKANAN PANTANG
Nasi Putih
Lauk Ikan/Daging/Ayam
Sayur
Buah
Air Halia/Herba (pilihan)

** Hanya masakan pantang sahaja akan dihidangkan


Kami beri pilihan jenis makanan
✔  Kualiti kebersihan dijaga rapi
✔  Masakan sihat serta lazat
✔  Pilih berdasarkan senarai menu masakan
✔ Kami cadangkan jenis makanan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan ibu & bayi
* sila maklum sekiranya mempunyai masalah allergic makanan



PENGURUSAN BAYI
Pagi Sahaja 
Pagi dan Petang

✔ Mandi
✔ Siapkan ( pakaikan pakaian )
✔ Urutan Lembut


KHIDMAT MENCUKUR RAMBUT BAYI

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Mencukur rambut ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.



RAWATAN PENUTUP PANTANG

Rawatan ini amat digalakkan untuk dilakukan oleh ibu selepas tamat tempoh berpantang dan akan dilakukan pada hari ke 40 ke atas. 

Rawatan ini membantu ibu memulihkan semula rahim (sengkak), menaikan seri wajah serta memberi tenaga dan aura selepas 6 minggu berpantang.

Penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan tenaga bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin untuk memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian aura khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah. Rawatan ini bakal menyerlahkan seri dan menambahkan keyakinan ibu.





KAWASAN CONFINEMENT LADY

PERAK - PULAU PINANG - KEDAH
STAY IN (SEMENANJUNG MALAYSIA)


HAZY BEAUTY CARE © . Designed by MaiGraphicDesign