HAZY BEAUTY CARE: February 2018

MUDAHNYA BERPANTANG

Memandangkan kebanyakan ibu mempunyai kerjaya sendiri serta menetap jauh dari orang tua, amalan berpantang Tradisional begitu sukar untuk dilaksanakan sendiri. Menyedari akan masalah ini Hazy Beauty Care menawarkan pelbagai pakej rawatan "KEMBALI LANGSING" untuk ibu - ibu gorges di luar sana dengan harga yang cukup budget.


Adalah dialu-alukan agar ibu - ibu mendapatkan pandangan dari pihak kami berkenaan pemilihan rawatan yang paling sesuai dengan masalah anda agar dapat dipulihkan serta menambah "vogue" pada diri anda.

Rawatan di dalam tempoh berpantang ini mengandungi perkhidmatan seperti berikut:

URUT BERSALIN
Urutan seluruh badan dan tumpuan khas pada point - point saluran darah yang bermasalah kerana proses mengandung dan bersalin. Bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi. Urutan ini tidak menyakitkan kulit.

MANDI HERBA / DAUN
Hanya campuran daun yang berkualiti sahaja yang kami gunakan untuk Memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda serta jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan

BERTUNGKU
Dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.

MANDI WAP / SAUNA
Memanaskan tubuh ibu yang sejuk serta membantu membuang angin di dalam badan. Memberi kelancaran perjalanan darah.

BEKAM ANGIN
Sesetengah Ibu mengalami masalah angin yang sukar dikeluarkan dan mengakibatkan badan menjadi letih serta berat. Berbekam dapat membantu meringankan badan serta melancarkan perjalanan darah. 

LULUR
Membantu menyingkirkan sel-sel mati serta memberikan kulit yang halus dan segar.

MANDI BAYI
Memastikan kebersihan bayi dan membantu para ibu yang tiada pengalaman memandikan bayi.

URUTAN BAYI
Urutan dan sentuhan lembut mampu memberikan keselesaaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi.

TUAM / TUNGKU BAYI
Mengelakkan bayi dari kembung perut, dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki.

KHIDMAT CUKUR RAMBUT BAYI
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

MEMASAK MAKANAN PANTANG
Membantu dari segi penyediaan makanan yang sesuai untuk keperluan dalam berpantang dan mengambilkira keperluan nutrisi untuk penyusuan. Resepi makanan pantang Tradisional sahaja akan disajikan.

PENYEDIAAN & PENGHANTARAN MAKANAN PANTANG
Tidak perlu lagi risau untuk menyediakan bahan masakan dan rempah untuk memasak, segala-galanya telah tersedia. Ibu hanya perlu menikmati juadah dan fokus untuk merehatkan diri dan perhatian kepada si comel. Menu masakan tradisional yang cukup enak dan amat sesuai untuk ibu berpantang.

RAWATAN PENUTUP PANTANG
Penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan tenaga bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin untuk memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian aura khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah. Rawatan ini bakal menyerlahkan seri dan menambahkan keyakinan ibu.




PENYEDIAAN MAKANAN PANTANG
Tengahari & Malam

Kami sediakan bahan : kami masak dan bawa
Pilihan 3 / 5 / 7 / 14 / 28 / 44  HARI

Kami beri pilihan jenis makanan
* Pilih berdasarkan senarai menu masakan
* Kami cadangkan jenis makanan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan ibu & bayi
* sila maklum sekiranya mempunyai masalah allergic makanan



KAWASAN CONFINEMENT LADY
Parit Buntar, Kuala Kurau, Bagan Serai, Taiping, 
Nibong Tebal, Jawi, Sg.Bakap, Seberang Perai, P.Pinang
Bandar Baharu, Serdang, Kulim dan Sekitar
HAZY BEAUTY CARE © . Designed by MaiGraphicDesign